Bahasa Bishnupur Manipur

Bahasa Bishnupriya Manipur (ইমার ঠার/বিষ্ণুপ্রিয়া মণিপুরী) merupakan satu Bahasa Indo-Aryan yang dituturkan di bahagian-bahagian Assam, Tripura, dan Manipur di India, dan juga Bangladesh, Myanmar, serta beberapa buah negara yang lain. Bahasa ini berbeza daripada bahasa-bahasa Indo-Aryan yang lain seperti Bahasa Bengal, Bahasa Assam, dan Bahasa Oriya. Bahasa ini berasal dan berkembang di Manipur dan pada asalnya terbatas di sekitar Tasik Loktak. Rujukan kepada Bahasa Bishnupriya Manipuri yang terawal terdapat dalam sebuah rekod sejarah pada abad ke-18 yang bernama Khumal Purana ditulis oleh Pandit Navakhendra Sharma. Autoriti-autoriti yang lain seperti An account of the valley of Manipore oleh Col. McCullock, Descriptive Ethnology of Bengal oleh E.T. Dalton, dan Linguistic Survey of India oleh Dr. G.A. Grierson menyatakan bahawa bahasa ini telah wujud di Manipur sebelum abad ke-19. Dr. Grierson menggelari bahasa ini sebagai "Bahasa Bishnupuriya Manipuri", manakala penulis-penulis yang lain hanya memanggilnya "Bishnupriya" atau "Bahasa Bishnupriya". Tempat-tempat utama penuturan bahasa ini ketika itu kini dikenali sebagai Khangabok, Heirok, Mayang Yamphal, Bishnupur, Khunan, Ningthankhong, Ngaikhong, Thamnapoxpi, dan sebagainya.Kebanyakan penutur bahasa ini berlari dari Manipur ke Assam, Tripura, Sylhet, dan Cachar semasa abad ke-18 dan abad ke-19 disebabkan oleh konflik dalaman antara putera-putera Manipur dan penyerangan Burma. Akhirnya, adalah sukar untuk bilangan kecil Bishnupriya yang masih tinggal di Manipur untuk mengekalkan bahasa mereka , walaupun pada tahun 1891 Dr. G.A. Grierson mendapati kewujudan penutur di dua atau tiga buah kampung dekat Bishnupur, dikenali sebagai Lamangdong di sana (LSI, Vol-V, muka surat 419). Secara perlahan bahasa ini mulai kehilangan kekukuhannya di Manipur disebabkan oleh kemajoritian Orang Meitei dan menghadapi kereputannya secara perlahan di Cachar dan Bangladesh disebabkan oleh kemajoritian penutur Bahasa Bengal. Bahasa Bishnupur Manipur masih dituturi di Jiribam (sebuah subdivisi Manipur), Cachar (satu daerah di Assam), dan beberapa penuturnya di Bangladesh dan Tripura.